Friday 12 April 2013

Messidependencia vs Ibracadabra





Barcelona 1 - 1 PSG 
10 April 2013 
(Nou Camp, Barcelona)
 
Kebergantungan PSG dan Barcelona kepada bintang tersohor mereka Ibrahimovic dan Messi terserlah di dalam match ini.

Ibrahimovic tidak digunakan sebagai target man di dalam match ini. Ancelotti secara bijak mengagak high defensive line Barcelona akan menghalang Ibrahimovic untuk mendominasi aerial balls di dalam kotak penalti. Ibrahimovic digunakan sebagai withdrawn striker dan bermula jauh di tengah padang. Dengan Ibrahimovic  berlegar di deep position, beliau mula menarik centrebacks jauh ke tengah padang. Ibrahimovic membuktikan versatiliti dengan bermain selesa di dalam posisi ini. Hold up ball dengan baik, dan kreatif mencipta peluang untuk Lucas Moura, Lavezzi dan Pastore. Ketiga pemain ini yang mempunyai pace dan trickery ditambah vision Ibrahimovic mula mengeksploitasi ruang yang ditinggalkan oleh Barca centrebacks. Taktik counter attack yang mantap. 

Contoh terbaik ialah assist kepada gol Pastore. Memulakan serangan, Ibrahimovic menerima bola di tengah padang. Adriano mula tertarik kepada Ibrahimovic meninggalkan Pique untuk cover ruang tengah seorang diri. Lorongan thru pass Ibrahimovic melepasi Pique dan menjumpai Pastore yang clear on goal.
Perhatikan deep positioning Ibra sebelum through pass kepada gol Pastore


Enam peluang dicipta oleh Ibrahimovic, tertinggi di antara semua pemain. Kalah chief creator Xavi, Iniesta ataupun Pastore. Salah satu peluang yang dicipta beliau merupakan assist kepada gol Pastore tadi.

Enam chances dicipta Ibrahimovic, tertinggi di dalam perlawanan itu


Barcelona pula seperti hilang arah tanpa Messi. Fabregas cuba menggalas tugas Messi tetapi tidak berkesan. Pedro dan Villa tiada ruang. Iniesta Xavi ketandusan idea.

Apabila PSG menjaringkan gol, Tito terus mengarahkan Messi yang berada di bangku simpanan, belum pulih dari hamstring, untuk bersiap sedia. Memang tidak adil kalau dikatakan peningkatan persembahan Barcelona disebabkan oleh penampilan Messi, tetapi dapat dilihat seluruh team, bukan, seluruh stadium tiba-tiba bersemangat apabila Messi mula masuk padang.

Seperti Ibrahimovic, Messi bermain deep position, berlegar di tengah padang. Belau mula merancang serangan dari tengah sambil Villa mula bermain centrally. Walaupun unfit, Messi memainkan peranan penting dalam gol penyamaan Barcelona.

Bermula dengan Messi membawa bola, beliau melepasi mudah Verratti dan Motta. Villa mula melakukan larian ke gol dan thru pass daripada Messi tepat ke dalam larian Villa. Villa meng’set’ bola untuk dirembat masuk oleh Pedro.

Perhatikan deep positioning Messi sebelum gol Pedro


Satu-satunya gerakan Messi berjaya menghasilkan gol. Selepas itu, Messi dan keupayaan serangan Barcelona beransur tenggelam. Terbukti jelas Messi masih unfit. Barcelona mula close shop dengan membawa masuk combative Song menggantikan Villa.

Walaupun Barcelona dan PSG mendabik dada dengan mempunyai barisan bintang-bintang ternama, tetapi kedua-dua pasukan all-stars itu masih bergantung kepada seorang pemain. Menariknya, walaupun terkenal sebagai penjaring gol yang prolifik, di dalam perlawanan ini, kedua-dua pemain itu memberi impak dengan bermain jauh daripada kotak penalti dan menjadi creator bukannya finisher. PSG bergantung kepada Ibrahimovic untuk mencipta peluang-peluang gol sepanjang match manakala satu cetusan dari gerakan Messi menjulang Barcelona.


sumber : footyroom.com, google, fourfourtwo, espnfc

No comments:

Post a Comment